Rabu, 18 Mac 2015

SAWAN TLU

Isnin hingga Khamis aku ngan asben memang sebolehnye akan berada di rumah sebab nak tonton drama bersiri 'Teman Lelaki Upahan'.



Cerita mula-mula, memang slow. tp dalam ke'slow'an dia, ada sumthing yang attract aku to stay and watch the series till finish.
 
Hero drama memang best. Heroin pun sama naik. Untuk aku yang memang suka baca novel, cerita macam ni memang aku suka. Aku boleh in character and feel dia punya story. Ape-ape pun, thumbs up to all of them including tuan director, penulis novel, penjaga lampu, pengangkutan and semua yang terlibat lah.. Good jobs guys!!


Rabu, 13 Ogos 2014

Kesakitan di hari raya ~ Pneumonia

Haihh..
Berat keluhan pada bulan Syawal ni.
Lepas seminggu kita beraya, kami sekeluarga beraya kat ward hospital plak.

Alkisah~~

RABU
Raya ke 3 kami pulang ke kampung en.Suami di Sabak Bernam.
Malam time tido tu memang tersangat la sejuk..mencengkam!

KHAMIS
Esoknya  nak g beraya 1 Sungai Besar tu dari hujung kampung sampai ke luar bandar, hari sangat la baik dengan cuaca yang panas tetapi berangin.

Putera tersayang da start bersin tanpa henti dengan cecair (hingus laa) yang sangat banyak setiap kali dia bersin.

JUMAAT
Hari Jumaat kami pulang semula ke Port Klang dengan keadaan putera kami yang agak suam-suam kuku.. Masih sempat bawak dia naik Bukit Melawati tengok monkey. Dah lame dia mintak, ni je la baru dapat bawakkan.

SABTU
Sabtu demam mula menerjah, muntah setiap kali minum susu, makan pulak langsung tak nak. Cari air kelapa, bagi makan paracetamol syrup sume da buat. Malam cadangnya nak pergi klinik, tp tengok dia macam OK plak. So cancel g klinik. Nafas mula pendek. Macam orang semput.

AHAD
Time tido, suhu putera kami start naik lagi sehingga 39.1 darjah celcius. Pagi esok, pukul 8 pagi saya dengan mak keluar cari klinik yang buka. Alhamdulillah, 2x pusing jumpa 1 klinik bukak. Doctor insert voren kat rectum kemudian kena nebulizer. Petang suhu dia mula reda. Masa ni nafas dia masih xelok. pendek2 je nafasnya. Tapi malam naik balik!!
Adoii..

ISNIN
Esok pagi kami bawak dia ke Klinik Dr. Chong yang memang da pegang history putera nakal saya dari kecik time lahir lagi. kat situ dia bagi sedut neb lg dan tukar ubat sikit.Muntah dengan jayanya setiap kali minum susu sebotol, keluar pon sebotol jugak. Berat dari 11.5kg dah turun smpai 9.5kg.

SELASA
Selasa nampaknya tak kebah jugak demam dia and mummy cuti lagi untuk menjaganya. Tapi da mula makan sikit-sikit.

RABU
Pagi rabu nampak dia mula OK, and i decide to go work since agak lama saya bercuti. Hantar putera nakal tu rumah babysitter and then, bila kol petang, babysitter cakap, badan dia still panas lagi..
So petang tu kami bawak dia ke KK untuk cek darah kot2 denggi. Dan result keluar NEGATIF.
Pada waktu tu dia kena sedut neb lagi sekali and doctor saran kan dia di warded. Tapi mummy nya refuse sbb konon2 nak bekerja.

KHAMIS
Khamis saya cuti lagi sebab nampak dia macam xdaya sangat. Tapi sempat lagi bawak dia jalan2 dekat Jusco Bukit Tinggi. Malam tu start nampak teruk balik. Suhu badan pada jam 4 pagi 39.3 darjah celcius. Time ni nafas macam penat sangat walaupon dia tgh tidur.

JUMAAT
Terus kami berkejar ke emergency kat Sri Kota Specialist Medical Centre. Sampai sane, lepas nurse amik bacaan suhu badan ngn bacaan oksigen, and serah pada doctor terus la mummy nye kena marah.
"BUKAN DEMAM YANG TERUK KAT SINI, TAPI PERNAFASAN DIA DAH TERUK!!"
Oksigen putera saya dah turun ke tahap yang sangat kritikal.
YaAllah... tuhan je yang tau perasaan saya waktu tu. Doctor macam dah tak nak terima putera saya di warded kan kat situ, dia nak kami bawa dia ke Hospital Besar.

Memandangkan dia pernah di wardkan dan di incharge oleh seorang doctor pakar kanak2 kat situ Dr. David Foo, doctor dekat emergency tu pon kol la Dr. David ni. Bagitau kat dia keadaan putera saya yg kritikal ketika itu, dan lepas di cadangkan segala ubat dan prescription yang patut doctor kt emergency tu buat, dia pon proceed dengan segala procedure yang sepatutnya.

Lebih kurang 2 jam lepas tu, lepas sedut neb setiap setengah jam sekali,bagi makan ubat, antibiotik, antiviral dan macam2 lg.. doctor kat emergency tu pon kol semula Dr.David and putera saya di warded kan.
Sebelum tu, darah dia dah diambil, dibawa ke ujian Xray dan dinaikkan troli bersama tong oksigen untuk ke ward.

Start dari situ, Dr. David ambil alih untuk monitor perkembangan dia.

Kami diberitahu, hasil xray mendapati putera tersayang kena RADANG PARU-PARU @ PNEUMONIA.

Dia diberi rawatan sebaiknya dan layanan pon selayaknya.


2 jam selepas di warded kan

Hari terakhir before discharge
Pesanan doctor:

Kalau anak-anak kecil lepas pergi klinik, dalam masa 48 jam kalau masih belum sembuh, bawak dia ke HOSPITAL. Jangan tangguh..

Rabu, 23 Julai 2014

Bahan utama rendang -> SANTAN !!


Santan dah habessss!!!!

haa.. ingat tak iklan santan dekat tv tu?

Musim-musim raya ni, santan adalah objek paling penting buat ibu2, mak2, nenek2, hotel2, dan katering untuk menyediakan juadah hari raya. Rendang daging, kari ayam dan kuah lemak ohh..

Jadi bagi mereka yang tinggal sekitar
             
Jalan Kebun, Shah Alam
Kg. Lombong
Taman Sri Muda, Shah Alam
Kota Kemuning
Bukit Naga, Shah Alam
Bukit Kemuning
Johan Setia, Klang
Bukit Tinggi, Klang
Bandar Puteri, Klang
Bandar Botanik Klang
Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang
Kg. Idaman, Pelabuhan Klang
Kg. Pendamar, Pelabuhan Klang
 
 
Anda boleh mendapatkan bekalan Santan Segar, Kelapa Parut, Kerisik dan Cili Giling dari kami !!!
 
 Impian Alfi Resources
Jalan Batu 7
Jalan Kebun
Shah Alam
 
(location : dari arah jalan masuk utama, kedai di kiri jalan besebelahan dengan kedai baiki motor)
 
 
Delivery, delivery, delivery..
 
Jangan risau, bagi mereka yang tak sempat nak ke kedai, anda boleh hubungi kami untuk service penghantaran. Tiada caj tambahan dikenakan. Minimum order untuk penghantaran adalah 2kg.
 
 
Call : 0192587678

 


Isnin, 24 Mac 2014

Percutian ke Jakarta, Indonesia

Saya beli tiket ke Jakarta dah lama sebenarnya. tahun 2013 lagi..maklum lah, time promo AA tu mesti kena grab barang 1 atau 2 tempat kan..
Masa beli tiket untuk kami 3 beranak RM300 ngam..pergi balik.

Jadi, tanggal 14/03/2014 kami gerak ke LCCT jam 630 pagi. Flight dijadualkan berlepas jam 9.40 pagi. Sebab kami pernah tertinggal flight ke Krabi tahun lepas, jadi tak mahu la pisang berbuah busuk..hihi~
Flight delay sampai pukul 10.30 pagi sebab mereka delay dari sana.
Kami naik flight QZ maksudnya Airasia yang beroperasi dari Indonesia.


  Saya dan putera nakal saya di Ruang Berlepas LCCT
Sampai di Jakarta, kami diasak dengan ajakan dari pemandu2 taksi. Padahal sebelum keluar dari lobby airport tu, saya dah ke kaunter taksi untuk tempah taksi Bluebird. Kata dari blog2 travel yang sempat saya study, Bluebird adalah company yang paling dipercayai..dan, pernyataan itu tepat sekali!!

Kami minta pemandu teksi bawa kami ke hotel N1 di Semayan, Jakarta.
Lebih kurang 40 minit dari airport. Campur macet sekali..(jem trafik yea..)


Saya di lobby hotel N1. Kata mereka, tamu enggak ramai. Sebab tu sunyi je hotel..
                   
Check in dan masuk bilik yang biasa2 sahaja, sebab harga nya pon murah je..saya bayar RM90 1 malam tempah melalui Agoda. Tapi not bad la..Selesa ^_*

Lepas letak barang, kami keluar semula ke Tanah Abang, yang jarak nya hanya 15minit berjalan kaki dari hotel. Kami kena cepat2 pergi sebab sekitar jam 4.30 petang rata-rata kedai akan ditutup.


Ni gambar kami 3 beranak di luar Tanah Abang, macet banget kan??Putera saya dipakaikan cloth mask..
                          
Tak banyak barang yang kami beli di situ, sekadar beli pakaian untuk dipakai besok..haha, kami tak bawa baju banyak..bajet nak beli kat sana je. Sebenarnya tujuan ke Tanah Abang, nak cari makan. Jadi kami ke lantai 8 (tingkat 8) makan di foodcourt. Ok jgk masakan mereka. Yang penting BERSIH..



Beli baju untuk diri sendiri 2 pasang, encik suami baju sahaja 3 helai, tudung sehelai. Itu je yang sempat dibeli. sebab kedai semua nak tutup dah!! Lagipon pakaian yang dijual macam ada kat Malaysia jgk. sama je macam kat GM atau Kenanga WC.. cuma harga nya murah.. sorry tak ada gambar yea.. sebab mase tak cukup time tu..
Restoran masakan Padang, Restoran Sederhana

Ok, malam kami ke sebuah restoran masakan Padang yang tak jauh dari hotel. kami naik bajai (motor roda tiga tu) dan dikenakan bayaran 10,000 Rp.

Hari kedua di Jakarta, baru lah bermula niat sebenar saya ke sana. Kami ke Taman Impian Jaya Ancol.
Muka teruja kecuali putera kami, asik nak mengamuk je dia..

Perjalanan dari Senayan ke Ancol sebenarnya tidak jauh..tp sebab traffic jem dan traffic light yang sangat lama masanya, jd perjalanan ke sane pun ambil masa lebih dar 30 minit.Tapi tak ape, sambil2 dalam taksi, kita dapat lihat macam2 situasi negara orang. Seronok!!

Taman Impian Jaya Ancol ni tempat bersukaria atau liburan bagi rakyat Jakarta. Sebenarnya dalam park ni, ada macam2 lg jenis2 tempat yang boleh dikunjungi. Contohnya, Taman Pantai, Dufan, Atlantis, Sea World dan tempat yang kami pergi, di Ocean Dream Samudra.

Antara aktiviti kami,


Tengok pertunjukan Singa Laut

Tengok pertunjukan Dolphin!! yang ni part paling best..yang paling nak tengok~~
dan macam2 lg..ade tayangan 4D Dora, 4D Spongebob, aksi Putri Duyung dan Lumba-lumba, Stuntshow dan Pentas Aneka Satwa..hihi..maksudnya Variety Animal Show..

Seronok!!

Kami keluar dari Ancol sekitar jam 4 petang dan terus ke Thamrin City..Perjalanan lebih 1 jam dan jem pun teruk. Thamrin City macam Pertama Kompleks kalo kat KL..hihi. Kami kemuadian bercadang ke Monas, 10minit je dari situ tetapi sebab akan berlangsung Konsert Iwan Falls, orang pon ramai sangat, kami pon batalkan je niat kami ke sana dan terus pulang ke hotel.

Hari ke 3 di Jakarta, kami ke Tanah Abang semula untuk mencari souvenir dibawa pulang. Tapi tak ade!!!
Geram betol, Jakarta boleh tak ade orang jual souvenir kepada pelancong..atau kami yang tak jumpa??hahaha.. 

Jam 2.40 petang waktu Indonesia, kami sepatutnya telah boarding untuk pulang semula ke Malaysia tp nampaknya, flight lg sekali delay. Apa2 pon, semuanya telah selamat dan kami jangkakan, percutian ke Jakarta mungkin akan diulang bukan waktu terdekat..hihi..

Salam..goodbye!!

            .