Masa beli tiket untuk kami 3 beranak RM300 ngam..pergi balik.
Jadi, tanggal 14/03/2014 kami gerak ke LCCT jam 630 pagi. Flight dijadualkan berlepas jam 9.40 pagi. Sebab kami pernah tertinggal flight ke Krabi tahun lepas, jadi tak mahu la pisang berbuah busuk..hihi~
Flight delay sampai pukul 10.30 pagi sebab mereka delay dari sana.
Kami naik flight QZ maksudnya Airasia yang beroperasi dari Indonesia.
![]() |
| Saya dan putera nakal saya di Ruang Berlepas LCCT |
Kami minta pemandu teksi bawa kami ke hotel N1 di Semayan, Jakarta.
Lebih kurang 40 minit dari airport. Campur macet sekali..(jem trafik yea..)
![]() |
| Saya di lobby hotel N1. Kata mereka, tamu enggak ramai. Sebab tu sunyi je hotel.. |
Check in dan masuk bilik yang biasa2 sahaja, sebab harga nya pon murah je..saya bayar RM90 1 malam tempah melalui Agoda. Tapi not bad la..Selesa ^_*
Lepas letak barang, kami keluar semula ke Tanah Abang, yang jarak nya hanya 15minit berjalan kaki dari hotel. Kami kena cepat2 pergi sebab sekitar jam 4.30 petang rata-rata kedai akan ditutup.
![]() |
| Ni gambar kami 3 beranak di luar Tanah Abang, macet banget kan??Putera saya dipakaikan cloth mask.. |
Tak banyak barang yang kami beli di situ, sekadar beli pakaian untuk dipakai besok..haha, kami tak bawa baju banyak..bajet nak beli kat sana je. Sebenarnya tujuan ke Tanah Abang, nak cari makan. Jadi kami ke lantai 8 (tingkat 8) makan di foodcourt. Ok jgk masakan mereka. Yang penting BERSIH..
Beli baju untuk diri sendiri 2 pasang, encik suami baju sahaja 3 helai, tudung sehelai. Itu je yang sempat dibeli. sebab kedai semua nak tutup dah!! Lagipon pakaian yang dijual macam ada kat Malaysia jgk. sama je macam kat GM atau Kenanga WC.. cuma harga nya murah.. sorry tak ada gambar yea.. sebab mase tak cukup time tu..
![]() | ||
| Restoran masakan Padang, Restoran Sederhana |
Hari kedua di Jakarta, baru lah bermula niat sebenar saya ke sana. Kami ke Taman Impian Jaya Ancol.
![]() | ||
| Muka teruja kecuali putera kami, asik nak mengamuk je dia.. |
Taman Impian Jaya Ancol ni tempat bersukaria atau liburan bagi rakyat Jakarta. Sebenarnya dalam park ni, ada macam2 lg jenis2 tempat yang boleh dikunjungi. Contohnya, Taman Pantai, Dufan, Atlantis, Sea World dan tempat yang kami pergi, di Ocean Dream Samudra.
Antara aktiviti kami,
![]() |
| Tengok pertunjukan Singa Laut |
![]() |
| Tengok pertunjukan Dolphin!! yang ni part paling best..yang paling nak tengok~~ |
Seronok!!
Kami keluar dari Ancol sekitar jam 4 petang dan terus ke Thamrin City..Perjalanan lebih 1 jam dan jem pun teruk. Thamrin City macam Pertama Kompleks kalo kat KL..hihi. Kami kemuadian bercadang ke Monas, 10minit je dari situ tetapi sebab akan berlangsung Konsert Iwan Falls, orang pon ramai sangat, kami pon batalkan je niat kami ke sana dan terus pulang ke hotel.
Hari ke 3 di Jakarta, kami ke Tanah Abang semula untuk mencari souvenir dibawa pulang. Tapi tak ade!!!
Geram betol, Jakarta boleh tak ade orang jual souvenir kepada pelancong..atau kami yang tak jumpa??hahaha..
Jam 2.40 petang waktu Indonesia, kami sepatutnya telah boarding untuk pulang semula ke Malaysia tp nampaknya, flight lg sekali delay. Apa2 pon, semuanya telah selamat dan kami jangkakan, percutian ke Jakarta mungkin akan diulang bukan waktu terdekat..hihi..
Salam..goodbye!!
.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan