Berat keluhan pada bulan Syawal ni.
Lepas seminggu kita beraya, kami sekeluarga beraya kat ward hospital plak.
Alkisah~~
RABU
Raya ke 3 kami pulang ke kampung en.Suami di Sabak Bernam.
Malam time tido tu memang tersangat la sejuk..mencengkam!
KHAMIS
Esoknya nak g beraya 1 Sungai Besar tu dari hujung kampung sampai ke luar bandar, hari sangat la baik dengan cuaca yang panas tetapi berangin.
Putera tersayang da start bersin tanpa henti dengan cecair (hingus laa) yang sangat banyak setiap kali dia bersin.
JUMAAT
Hari Jumaat kami pulang semula ke Port Klang dengan keadaan putera kami yang agak suam-suam kuku.. Masih sempat bawak dia naik Bukit Melawati tengok monkey. Dah lame dia mintak, ni je la baru dapat bawakkan.
SABTU
Sabtu demam mula menerjah, muntah setiap kali minum susu, makan pulak langsung tak nak. Cari air kelapa, bagi makan paracetamol syrup sume da buat. Malam cadangnya nak pergi klinik, tp tengok dia macam OK plak. So cancel g klinik. Nafas mula pendek. Macam orang semput.
AHAD
Time tido, suhu putera kami start naik lagi sehingga 39.1 darjah celcius. Pagi esok, pukul 8 pagi saya dengan mak keluar cari klinik yang buka. Alhamdulillah, 2x pusing jumpa 1 klinik bukak. Doctor insert voren kat rectum kemudian kena nebulizer. Petang suhu dia mula reda. Masa ni nafas dia masih xelok. pendek2 je nafasnya. Tapi malam naik balik!!
Adoii..
ISNIN
Esok pagi kami bawak dia ke Klinik Dr. Chong yang memang da pegang history putera nakal saya dari kecik time lahir lagi. kat situ dia bagi sedut neb lg dan tukar ubat sikit.Muntah dengan jayanya setiap kali minum susu sebotol, keluar pon sebotol jugak. Berat dari 11.5kg dah turun smpai 9.5kg.
SELASA
Selasa nampaknya tak kebah jugak demam dia and mummy cuti lagi untuk menjaganya. Tapi da mula makan sikit-sikit.
RABU
Pagi rabu nampak dia mula OK, and i decide to go work since agak lama saya bercuti. Hantar putera nakal tu rumah babysitter and then, bila kol petang, babysitter cakap, badan dia still panas lagi..
So petang tu kami bawak dia ke KK untuk cek darah kot2 denggi. Dan result keluar NEGATIF.
Pada waktu tu dia kena sedut neb lagi sekali and doctor saran kan dia di warded. Tapi mummy nya refuse sbb konon2 nak bekerja.
KHAMIS
Khamis saya cuti lagi sebab nampak dia macam xdaya sangat. Tapi sempat lagi bawak dia jalan2 dekat Jusco Bukit Tinggi. Malam tu start nampak teruk balik. Suhu badan pada jam 4 pagi 39.3 darjah celcius. Time ni nafas macam penat sangat walaupon dia tgh tidur.
JUMAAT
Terus kami berkejar ke emergency kat Sri Kota Specialist Medical Centre. Sampai sane, lepas nurse amik bacaan suhu badan ngn bacaan oksigen, and serah pada doctor terus la mummy nye kena marah.
"BUKAN DEMAM YANG TERUK KAT SINI, TAPI PERNAFASAN DIA DAH TERUK!!"
Oksigen putera saya dah turun ke tahap yang sangat kritikal.
YaAllah... tuhan je yang tau perasaan saya waktu tu. Doctor macam dah tak nak terima putera saya di warded kan kat situ, dia nak kami bawa dia ke Hospital Besar.
Memandangkan dia pernah di wardkan dan di incharge oleh seorang doctor pakar kanak2 kat situ Dr. David Foo, doctor dekat emergency tu pon kol la Dr. David ni. Bagitau kat dia keadaan putera saya yg kritikal ketika itu, dan lepas di cadangkan segala ubat dan prescription yang patut doctor kt emergency tu buat, dia pon proceed dengan segala procedure yang sepatutnya.
Lebih kurang 2 jam lepas tu, lepas sedut neb setiap setengah jam sekali,bagi makan ubat, antibiotik, antiviral dan macam2 lg.. doctor kat emergency tu pon kol semula Dr.David and putera saya di warded kan.
Sebelum tu, darah dia dah diambil, dibawa ke ujian Xray dan dinaikkan troli bersama tong oksigen untuk ke ward.
Start dari situ, Dr. David ambil alih untuk monitor perkembangan dia.
Kami diberitahu, hasil xray mendapati putera tersayang kena RADANG PARU-PARU @ PNEUMONIA.
Dia diberi rawatan sebaiknya dan layanan pon selayaknya.
![]() |
| 2 jam selepas di warded kan |
![]() |
| Hari terakhir before discharge |
Kalau anak-anak kecil lepas pergi klinik, dalam masa 48 jam kalau masih belum sembuh, bawak dia ke HOSPITAL. Jangan tangguh..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan